Posts

KAMU PERNAH MENCINTAINYA

Aku pernah mencintainya dengan baik dan dengan baik kamu pun pernah mencintainya,  Tanpa pernah kau memikirkan apakah diriku baik - baik saja. Aku menanti hari yang tak pernah kunjung datang, Dan sering kali kamu muncul dalam mimpiku ditengah malam. Kita bermimpi tentang mimpi yang pernah kita impikan, Melalui hati tentang sebuah harapan untuk bisa bersama mu,  Bersama orang yang ku cintainya, Sayangnya itu hanyalah sebuah mimpi. Aku adalah kayu dan engkau adalah api yang membakarku, Air hujan yang jatuh adalah kesedihanku sebab engkau melukaiku, Namun kau pun hadir kembali, Menjadi pelangi yang membaiki lukaku.

MOTIVASI

Image
"Kadang-kadang kita terpaksa senyum untuk menyembunyikan apa yang kita rasakan". Hati kene kuat, cekal, sabar dan tabah. Sentiasa berfikiran positif dan pedulikan kata - kata orang yang akan membuatkan kita jatuh dan tidak bersemangat.    Kerana sampai bila-bila pun kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang. Bak kata pepatah :   Tak Hidup Dek Puji, Tak Mati Dek Keji.

DI HARGAI ATAU MENGHARGAI ?

Image
Kadang-kadang kerana terlalu sayang dengan seseorang, Allah ambil dia daripada kita. Allah jarakkan kita dengan dia. Masihkah kita sayang pada yang mengurniakan rasa sayang itu ? Dan masihkah kita percaya pada aturan Dia ? Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai. Saat Allah jarakkan, lalu timbul rasa penyesalan dalam diri itu bukan untuk MENGHUKUM kita, tetapi untuk dijadikan PENGAJARAN. Bahawa apabila kita tidak mahu menyayangi mereka. Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih daripada apa yang mahu kita lakukan. Kesimpulannya belajarlah untuk menghargai sesiapa saja yang hadir dalam hidup terutama keluarga, sahabat dan mereka yang tulus memperlakukan kita dengan baik.  In Shaa Allah kita akan dihargai. ❤️

5 HURUF 1 RASA (5H1R)

Image
    Lima huruf satu rasa adalah RINDU

JANGAN MARAH SENYUM WALAUPUN DI HATI TERASA SAKITNYA

Jangan marah saat ada yang MENGHINA doakan HINAAN berbalik menjadi KEMULIAN. Jangan marah saat ada yang MEMBENCI doakan KEBENCIAN menjadi KASIH SAYANG. Jangan marah saat ada yang MENYAKITI doakan sakit itu menjadi KEBAHAGIAN. Jangan marah saat ada MASALAH doakan MASALAH kita menjadi LADANG AMAL yang bermanfaat. SENYUM tanda kekuatan diri..biar sakit dihati..tetapi jangan kita tunjukkan KELEMAHAN diri.. SABARLAH wahai HATI.. 

PERASAAN

Image
Setiap orang akan ada sesuatu yang dia pendam sendiri. Akan ada sesetengah perkara yang dia  sembunyikan. Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.Siapapun dia,segembira manapun dia. Walau sekerap mana kita melihat dia tersenyum,walau kata-kata penuh dengan ketegaran dan selalu dilihat dia seorang yang tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan sehariannya.Tetapi,pasti ada perkara yang membuatkan dia terluka.Pasti ada sesuatu yang pernah mengguris hatinya,pasti ada sesuatu yang pernah.. SOMETIMES, "you can't tell someone how you feel.Not because you don't trust them,and not because you think they'll judge you,but because you can never really find the right words to make them understand.And it makes you frustrated so you just don't say anything and expect them to know how you feel"

INGATLAH SIAPA KITA

Image
Setiap Perilaku Manusia Dalam Pemerhatian Allah ^^ Firman dalam surah Al-Hadid ayat 4 bermaksud : ' Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada ' Ertinya kita tidak akan terlepas daripada penglihatan Allah,sebagaimana firman-Nya bermaksud Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi ?  Kemudian Dia memberitahu kepada mereka pada hari kiamat apa yang mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Surah Al-Mujadalah ayat 7). "Sesungguhnya Rabbmu benar-benar mengawasi". (Surah Al-Fajr ayat 14). Maksudnya Dia mengawasi makhlukNya pada setiap perilaku mereka dan Dia akan membalas masing-masing daripada mereka sesuai dengan perbuatannya baik di dunia mahupun di akhirat. " Allah mengetahui pengkhianatan pandangan mata seseorang serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati ".  (Surah Mukmin ayat 19 ). Ibnu Katsir berkata : " Allah SWT m...