INGATLAH SIAPA KITA

Setiap Perilaku Manusia Dalam Pemerhatian Allah ^^

Firman dalam surah Al-Hadid ayat 4 bermaksud :

' Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada '
Ertinya kita tidak akan terlepas daripada penglihatan Allah,sebagaimana firman-Nya bermaksud Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi ? 

Kemudian Dia memberitahu kepada mereka pada hari kiamat apa yang mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
( Surah Al-Mujadalah ayat 7).

"Sesungguhnya Rabbmu benar-benar mengawasi".
(Surah Al-Fajr ayat 14).
Maksudnya Dia mengawasi makhlukNya pada setiap perilaku mereka dan Dia akan membalas masing-masing daripada mereka sesuai dengan perbuatannya baik di dunia mahupun di akhirat.

" Allah mengetahui pengkhianatan pandangan mata seseorang serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati ". 
(Surah Mukmin ayat 19 ).

Ibnu Katsir berkata : " Allah SWT memberitahu mengenai ilmu-Nya yang sempurna dan mencukupi segala sesuatu agar manusia berhati-hati lantaran selalu diketahui oleh Allah sehingga mereka berasa benar malu 
kepada-Nya dan bertakwa kepada-Nya dengan sebenar-benar takwa.
"Mereka melakukan pengawasan dengan pengawasan orang yang menyedari bahawa dia dilihat oleh Allah".

Firman-Nya dalam surah Yunus ayat 61 bermaksud : " Dan tidaklah engkau dalam menjalankan sesuatu urusan,dan tidaklah engkau dalam membaca suatu ayat dari
Al-Quran,dan tidaklah kamu mengerjakan suatu amal,melainkan Kami menjadi saksi terhadap kamu mengerjakannya".

" Dan tidak akan hilang daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun seberat zarah yang ada dibumi atau di langit dan tidak ada yang lebih kecil daripada itu dan tidak ada yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata".




Comments

Popular posts from this blog

KAMU PERNAH MENCINTAINYA

TENTANG SAYA ^_^