Posts

Showing posts from September, 2024

KAMU PERNAH MENCINTAINYA

Aku pernah mencintainya dengan baik dan dengan baik kamu pun pernah mencintainya,  Tanpa pernah kau memikirkan apakah diriku baik - baik saja. Aku menanti hari yang tak pernah kunjung datang, Dan sering kali kamu muncul dalam mimpiku ditengah malam. Kita bermimpi tentang mimpi yang pernah kita impikan, Melalui hati tentang sebuah harapan untuk bisa bersama mu,  Bersama orang yang ku cintainya, Sayangnya itu hanyalah sebuah mimpi. Aku adalah kayu dan engkau adalah api yang membakarku, Air hujan yang jatuh adalah kesedihanku sebab engkau melukaiku, Namun kau pun hadir kembali, Menjadi pelangi yang membaiki lukaku.

MOTIVASI

Image
"Kadang-kadang kita terpaksa senyum untuk menyembunyikan apa yang kita rasakan". Hati kene kuat, cekal, sabar dan tabah. Sentiasa berfikiran positif dan pedulikan kata - kata orang yang akan membuatkan kita jatuh dan tidak bersemangat.    Kerana sampai bila-bila pun kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang. Bak kata pepatah :   Tak Hidup Dek Puji, Tak Mati Dek Keji.

DI HARGAI ATAU MENGHARGAI ?

Image
Kadang-kadang kerana terlalu sayang dengan seseorang, Allah ambil dia daripada kita. Allah jarakkan kita dengan dia. Masihkah kita sayang pada yang mengurniakan rasa sayang itu ? Dan masihkah kita percaya pada aturan Dia ? Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai. Saat Allah jarakkan, lalu timbul rasa penyesalan dalam diri itu bukan untuk MENGHUKUM kita, tetapi untuk dijadikan PENGAJARAN. Bahawa apabila kita tidak mahu menyayangi mereka. Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih daripada apa yang mahu kita lakukan. Kesimpulannya belajarlah untuk menghargai sesiapa saja yang hadir dalam hidup terutama keluarga, sahabat dan mereka yang tulus memperlakukan kita dengan baik.  In Shaa Allah kita akan dihargai. ❤️