INGATLAH SIAPA KITA
Setiap Perilaku Manusia Dalam Pemerhatian Allah ^^ Firman dalam surah Al-Hadid ayat 4 bermaksud : ' Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada ' Ertinya kita tidak akan terlepas daripada penglihatan Allah,sebagaimana firman-Nya bermaksud Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi ? Kemudian Dia memberitahu kepada mereka pada hari kiamat apa yang mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Surah Al-Mujadalah ayat 7). "Sesungguhnya Rabbmu benar-benar mengawasi". (Surah Al-Fajr ayat 14). Maksudnya Dia mengawasi makhlukNya pada setiap perilaku mereka dan Dia akan membalas masing-masing daripada mereka sesuai dengan perbuatannya baik di dunia mahupun di akhirat. " Allah mengetahui pengkhianatan pandangan mata seseorang serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati ". (Surah Mukmin ayat 19 ). Ibnu Katsir berkata : " Allah SWT m...