(TRUE STORY) = CINTA YANG TIDAK TERBALAS DAN BERAKHIR DENGAN TRAGEDI
Kisah ini merupakan kisah yang terjadi kepada sahabat saya sewaktu kami sama-sama menuntut ilmu di salah sebuah IPT di Shah Alam ketika berusia 18 tahun. Dia merupakan sahabat yang paling akrab dengan saya ketika itu dan kami selalu berkongsi cerita.
Pada suatu hari sewaktu dikelas dia meminta saya untuk menghubungi seseorang dengan menggunakan nombor telefon saya, masa tu saya berasa agak pelik kenapa dia tidak menggunakan nombornya sendiri?
Saya mula bertanya : kenapa awak tak guna nombor awak sendiri ?
Dia berkata : Tolonglah! ada sebab kenapa saya nak guna nombor awak. Cerita dia begini, Ada seorang lelaki bernama Hafiz . Dia suka saya sejak awal-awal perkenalan sehingga sekarang.Katanya dia tidak akan cari mana-mana perempuan lain pun selain saya.Dia tetap akan tunggu saya. Jadi saya nak uji kesetiannya.
Barulah saya faham ceritanya ^_^
Dan dipendekkan cerita tahun itu juga dia menerima satu berita yang amat mengejutkan. Sewaktu dia sedang melayan laman sosial, tiba-tiba dia tergerak hati untuk melihat perkembangan terkini tentang Hafiz.Yang paling mengejutkan tertulis ayat di wall laman Facebook Hafiz " Takziah semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman" hancur berderai hatinya bila menerima berita itu .' INNALILLAWAINNAILAHIROJIUN ' kemudian dia terus menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian itu. Yang paling terkilan ketika arwah accident tiada siapa yang memberitahunya.
Sejak kejadian itu dia selalu bersedih hati sehingga tidak dapat mengawal emosinya seolah-olah dia masih tidak dapat menerima pemergian arwah.
Bila ditanya kenapa dia bersikap begitu ?
Katanya sewaktu arwah masih hidup . Dia selalu memarahi arwah, tidak menghargainya dan akan mencari arwah ketika dalam keadaan susah dan yang paling menyedihkan apabila dia tidak sempat untuk meminta maaf.
Sayu hati ini bila mendengarnya :(
Sebelum arwah meninggal.Terdapat tanda-tanda yang amat pelik antaranya :
* Seminggu sebelum arwah accident. Arwah nak sangat hantar adik perempuannya ke sekolah padahal arwah orangnya susah sekali untuk menghantar adiknya. Ketika itu adiknya dalam keadaan tidak sihat tetapi dipaksa juga oleh arwah.
( Jangan berfikiran negatif tentang arwah ye ) ,arwah juga sempat meletakkan baju rayanya berwarna merah diatas katil asramanya sebelum accident dan arwah sempat mengupdate status dilaman sosial Facebook miliknya ." Kalau saya accident agak-agak ada orang peduli tak tentang saya" . Ayat itu ditujukan kepada sahabat saya itu. Arwah seolah-olah sudah mengetahui bahawa ajalnya sudah hampir.
Sejak kejadian itu sahabat saya telah berubah menjadi seorang muslimah yang lebih baik daripada sebelumnya. Alhamdulillah ^-^
Akhir kata berlajarlah menghargai sebelum kehilangan kerana manusia tidak boleh ditukar ganti seperti wang mahupun pakaian .Setiap yang berlaku ada HIKMAHNYA.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai pengajaran agar kita lebih menghargai mereka yang ada disekeliling kita tidak kira siapa mereka dengan kita. :)
- AL FATIHAH -

Comments
Post a Comment